Al Quran

Listen to Quran

Monday, November 29, 2010

PUDING KARAMEL

bahan :

1 tin susu cair
7 biji telur saiz besar
setengah cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan air (boleh kurangkan kalau suka puding yg keras)
setengah cawan gula n setengah cawan air (untuk buat sirap karamel)
cara buat sirap karamel :
masak gula di atas kuali hingga warna keperangan..kemudian masukkan air untuk mendapatkan sirap karamel..sejukkan

Cara buat puding :
  1. panaskan periuk pengukus.
  2. campurkan semua bahan..pukul hingga sebati. kemudian tapis.
  3. tuangkan sirap karamel yang telah disejukkan dalam bekas loyang atau microwaveable tupperware. kemudian tuangkan perlahan2 bahan puding ke atas sirap tersebut. selepas itu boleh la dikukus lebih kurang dalam 20 minit atau sehingga puding masak…

Mushroom Soup



Bahan2:
2 sdu mkn butter
300 ml susu segr plain.
2 sdu mkn penuh tepung gndum
1/2 cmca sebuk lada hitam/ lda sulah
air agk2 kepkatnnya..
1/2 bji bwng besar n 2 bji bwg putih cincang halus.
1/2 batang salery dadu jika ada.
cendawan shitake / butang / kim chung (berbau kuat sket cina suka ni..n murah sket berbnding cndwan lain) dadu halus
bebola ayam
isi ayam n kentang dadu n rebus dlu..air jgn buang bleh masuk dlm sup..( klo suka )

Cara:

tumis bawg,salery.cndawn n bebola.. td dgn butter td..api perlahn ek n kacau slalu jgn bg tuka warna nnti sup x cantik..+ tepung td n kacau sebntar shingga berketul sket.+ susu + air.. lama2 bhn akan likat n kalo dh sjuk lg bertmbh pekat..klo pkat sgt + air la..+gram + lada sulah n sgala isi yh tlah drebus td..

Resepi dr Azie Mazidah

Muffin Chocolate Chip


Bahan2:
  • 110 g butter
  • 210 g gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 s/t esen vanilla
  • 375 tepung gandum
  • 2 s/t baking powder
  • 2 s/b serbuk koko
  • 300 ml fresh milk
  • 100 g coklat chip digaulkan dgn 1 s/b tepung [untuk mengelakkan coklat tenggelam]
Cara2:

1. Panaskan oven 180′C .
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla.
4. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko,
5. Masukan tepung dan susu berselang seli.
6. Masukkan coklat chip dan gaulkan rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas dan letakkan dalam tin/loyang muffin.
8. Bakar selama 20 minit.
9. BIla dah masak sejukkan dan simpan.

Biskut BRIGHT EYED SUSAN

BESUSAN
BAHAN-BAHAN:
  • 260gm tepung gandum
  • 1/2 tsp baking powder
  • Secubit garam
  • 250gm butter
  • 125gm gula castor
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
HIASAN:1 biji putih telurAlmond nibs secukupnya, tak perlu dipanggangJem strawberry seckupnya

CARA-CARA:

  1.  Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga sebati.
  3. Masukkan kuning telur dan terus kacau. Masukkan esen vanilla dan terus kacau.
  4. Kaupbalikkan adunan tepung ke dalam mentega dan uli sedikit hingga setakat menjadi doh yang lembut.
  5. Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil dan bulat-bulatkan. Ini untuk mendapatkan bentuk yang sama untuk setiap biskut
  6. Celup permukaan atas biskut dalam puith telur dan kemudian celup ke dalam almond nibs.
  7. Susun dalam dulang pembakar dan buatkan lubang tengah dan paipkan Jem kedalam lubang tadi.(sis gunakan pemegang senduk kayu buat lubang tengah2 biskut)
  8. Bakar pada suhu 200 darj cel selama 10 min atau ikut oven masing-masing

Sunday, November 28, 2010

Goreng Pisang Rangup

Bahan:
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung jagung
1 sd teh garam
1/2 sd teh serbuk kunyit
2 sd besar gula
1 sd besar minyak masak
air secukupnya (susah nak agak beh kuang 1 cawan kots)...agak2 dapat konsistensi titis (bukan cair yer)
1/2 cawan kelapa parut
Cara penyediaan
  1. Gunakan whisk, pukul semua bahan kecuali kelapa parut hingga sebati dan halus,
  2. Masukkan kelapa parut dan gaul rata, sadurkan dengan pisang atau apa2 buah yg hendak digoreng....agak2 well coated tuh...kira cantik la tuh.
  3. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan...
pakai resipi nih i noticed senang jer nak separate kan pisang/buah jadi sebiji2...paling suka goreng cempedak pakai batter nih...cuma jgn rendam buah lama sgt ngn batter nih...bila nak goreng jer celup...lebihan batter tu pun boleh goreng titis jadi kopok yg rangup makan ngn gula...:

Kek Lapis Bumi

Bahan2 (8" x 8")
  • 450g Mentega (sy guna golden churn)
  • 1 Gelas / 180g gula halus
  • 2 / 220g Gelas tepung gandum
  • 10 Biji telur
  • 1 Tin sederhana seri kaya-boleh guna tin kecil kalo nak kurang manis,tp gula jgn kurgkan
  • 1 Tin kecil susu pekat manis-dalam 10sudu makan
  • 3/4(dalam 6 sudu mkn) Cawan serbuk nescafe(campurkan dengan 1 sudu air panas untuk mencairkannya)-tambah browning sugar untuk pewarna tambahan[optional]
  • 1 Sudu makan esen vanilla
  • Sedikit Pewarna Hijau dan Kuning

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
  2. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
  3. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
  4. Setelah itu,masukkan pulak tepung gandum.. (pastikan tepung dah diaayak)
  5. Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan nescafe(letak browning sugar untuk warna lebih gelap)
  6. (Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus ye puan2) Ambil 1 cawan adunan hijau,kukus di dalam loyang yg sudah dioles mentega atau dilapik kertas minyak..kukus kejap je,jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan la adunan dah tak cair dah ye..asal nampak msk ok la tu.
  7. Lepas tu ambil pulak 1 cawan gak adunan nescafe,kukus lagi. Diikuti adunan kuning. Ulang lagi warna hijau,nescafe dan kuning sampai habis..
  8. Masak selama 1jam-1stgh jam selepas lapisan terakhir dikukus

Kek Hati Parek(Hati Pari)


Bahan2:loyang 9" x 9"
  • 10 biji telur A (4 biji putihnya dibuang)
  • 16 oz mentega (utk dptkan hasil yg baik, pilihlah mentega Golden Churn)
  • 9 gelas tepung gandum + 3 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
  • 8 sb gula hitam/browning sugar (rujuk > resepi browning sugar)
  • 1 kati / 600 g kismis hitam
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dyg dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas)

Cara-cara

  1. Kismis dihiris halus atau ditumbuk.
  2. Kemudian ambil segelas tepung gandum lalu digaul bersama kismis yg tlh dihiris/ditumbuk tadi. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih.
  4. Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula hingga kembang dan berkrim.
  5. Satukan kedua2 adunan itu tadi dan putar lg sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan tepung (8 gelas) ke dalam adunan tadi dan gaulkan.
  7. Masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.
  8. Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.
  9. Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dgn kertas foil.
  10. Kukuslah kek ini selama 8 jam. setiap 1 jam, periksalah pengukus, lapkan air pd penutupnya (sebaik2nya tutup dgn kain atau tuala), tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan. guna api sederhana sahaja.
  11. ***utk info, dyg hanya masak setengah adunan shj dgn menggunakan loyang 7 inci (masa mengukus 4jam 30min). jd, sesape yg nk buat setengah adunan, bahan2nya hendaklah dibahagi 2.
  12. ***supaya kek tahan lbh lama, slps dikukus, bolehlah dibakar skjp dlm 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sblm dipotong.

Kek Pandan Serikaya


Bahan2nya:
16oz(450g) mentega golden churn
180g gula halus
10 biji telur ayam
90g pandan paste(sila rujuk gambar yg disertakan di bawah)
1 tin kecil susu manis
200g horlicks
240g tpg hong kong
1 tin serikaya saiz sederhana

Cara-caranya:
  1. Panaskan pengukus dengan api sederhana-pastikan air hampir penuh supaya air tidak mudah kering.
  2. Pukul mentega dengan gula sampai kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu (sambil terus dipukul dengan kelajuan paling minima) sehingga habis.
  3. Masukkan srikaya, susu manis, horlicks, pandan paste dan tepung hongkong. Pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan sebati.
  4. Gaul dengan senduk supaya adunan benar2 sekata sebelum dituangkan ke dalam loyang yg sudah dioles mentega dan ditabur tepung.
  5. Kukus selama 4 jam. Selamat mencuba

Kek Lapis Senja Permai



Bahan2:
  • 16oz(450g) mentega
  • 10 biji telur ayam
  • 1 tin kaya sederhana(300g)
  • 1 tin susu manis(hasue guna krimer manis)
  • 170g yogurt perisa asli
  • 200g tepung hong kong /tepung gandum
  • 180g gula halus
  • 200g milo
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna kuning dan oren
Cara2:
  1. Panaskan pengukus,gris loyang dengan mentega dan tabur rata dengan tepung
  2. Pukul mentega bersama gula halus sampai berkrim dan masukkan telur satu persatu.
  3. Sambil terus memukul dengan kelajuan perlahan,masukkan esen vanila,susu manis,serikaya,yogurt dan tepung hong kong.
  4. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagikan kepada 3 bahagian
  5. Bahagian pertama diwarnakan kuning, bahagian kedua diwarnakan oren dan yg ke tiga masukkan serbuk milo(boleh tambah sedikit browning sugar utk warna lebih gelap) dan gaul rata.
  6. Kukuskan dahulu 1 cawan bahagian milo,setelah masak lapiskan pula dengan warna oren dan diikuti warna kuning.
  7. Buat berlapis2 sehingga habis. Kukuslah sekurang2nya satu jam selepas lapisan terakhir.
  8. Selamat mencuba! :)

Donut


Bahan2:
  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
  • 1 Biji Telur-
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara:

  1. Donut
    Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-untuk yis yang baik,selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih..kdg2 lepas 2 min terus jer kite masukkan tepung,x kuasa tggu lama2..hee
  2. Donut
    Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Donut
    Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Donut
    Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Donut
    Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/652.Selain tuh doh nih sesuai untuk burger sambal,pau goreng dan sebagainya..
  6. Donut
    Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee
  7. Donut
    Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Donut
    Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Kek Hitam Manis Resepi Sarawak


Bahan-bahan ( Loyang 9x9 )
* 450g Mentega Golden Churn
* 200g Gula halus
* 10 biji telur saiz A
* 1 penutup botol esen vanilla
* 1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis
* 1 tin sederhana serikaya
* 1 tin kecil nestle cream
* 200g horlicks
* 150g browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam)
* 200g tepung hong kong/tepung gandum
* 1 sudu teh ovalete
Cara-cara
  1. Panaskan pengukus(pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering), oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung.
  2. Mentega(pastikan pada suhu bilik) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. Masukkan sebiji telur(pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. Ulangi langkah ini sehingga telur habis.
  3. Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan tepung gandum(setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan seterusnya.
  4. Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati.
  5. Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus.
  6. Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang.

Saturday, November 27, 2010

Cheese Puffs


Bahan

1 butir telur - suhu bilik
1 / 3 cawan minyak goreng
2 / 3 cawan susu
1 1 / 4 cawan tepung tapioka (jika berat sekitar 170 gm)
1 / 2 cup cheddar parut ringan (i am asian dan keju bukan kegemaran saya) - setiap keju pilihan anda
1 sdt garam (tampaknya banyak itu hanya kanan)

Kaedah

  1. Panaskan oven sampai 450 ° F.
  2. sapukan minyak kepada acuan
  3. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan putar sampai halus.
  4. Keluarkan dari mesin pengisar. (Adunan ini boleh disimpan selama seminggu. Biarkan ke suhu bilik. Sebelum dibakar)
  5. Tuang adunan ke dalam muffin mini timah dan bakar dalam oven selama 15-20 minit, sampai semua naik dan berwarna kecoklatan.
  6. Adunan ini akan menghasilkan 16 mini muffin bersaiz roti keju.
  7. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di rak selama beberapa minit.
  8. Makan selagi hangat atau simpan untuk memanaskan kembali nanti.

Japanese Cheesecake (Resepi Ina)

4-5 keping cheddar cheese
200ml susu segar
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepong kek
70gm butter
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam

Cara-caranya:

1. koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.

2. asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

4. lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Bahan:
140g / 5 oz. gula pasir halus
6 putih telur
6 butir kuning telur
1 / 4 tsp. cream of tartar
50g / 2 oz. mentega
250g / 9 oz. krim keju
100 ml / 3 oz cecair. susu segar
1 sdm. air jeruk
60g / 2 oz. tepung gandum / tepung prima
20g / 1 oz. tepung jagung (jagung)
1 / 4 tsp. garam
Petunjuk:
1. Lelehkan cream cheese, mentega dan susu di atas double boiler. Online campuran. Lipat dalam tepung, maizena itu, kuning telur, jus lemon dan kacau rata.
2. Kocok putih telur dengan cream of tartar hingga berbusa. Tambah gula dan kacau sampai lembut puncak borang.
3. Tambah campuran keju ke dalam campuran putih telur dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang kue bundar 8-inch (Olesi dan garis bawah dan sisi loyang dengan kertas roti atau kertas tahan lemak perkamen).
4. Panggang cheesecake dalam air selama 1 jam 10 minit atau hingga mengeras dan berwarna coklat keemasan pada 160 darjah C (325 darjah F).
Membuat 1 (8-inci) cheesecake, 12 porsi

Kuih Cara Berlauk

 

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • BAHAN UNTUK INTI DAGING :
  • 2 cawan daging kisar
  • 1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 1 labu bawang besar *
  • Sedikit daun bawang/sup*
  • * Dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
  • BAHAN UNTUK BATER:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan
  • 1 butir telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Tumis rempah hingga naik minyak.
  2. Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  3. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
  4. Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
  5. Untuk menyediakan bater, pukul telur + garam.
  6. Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  7. Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu bater ini. Titikkan sedikit pewarna.
  8. Kalau guna blender pun, lagi senang.
  9. Cara memasak : Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  10. Tuang bater 3/4 penuh sahaja.
  11. Masukkan satu sudu inti daging.
  12. Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi bater supaya kuih nampak kemas.
  13. Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.
  14. Untuk kuih cara manis, tuangkan bater penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.

Kuih Siput

 

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili
  • Daung bawang /daun sup (dihiris )
  • Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
  2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  4. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing

Keropok Lekor...

 

Bahan-bahan ( 10 org )

  • 1 kilo ikan kembung/ selayang
  • 500 g tepung kanji/ubi @ seeloknya tepung sagu
  • sedikit garam
  • beberapa ketul kiub ais/air batu
  • Air secukupnya (agak2 le)

Cara-cara

  1. Asingkan isi ikan dari tulangnya, kemudian tumbuk @ cincang halus2.
  2. Sambil tumbuk halus isi ikan tadi masukkan kiub ais tadi sikit demi sikit.
  3. Gaulkan tepung bersama dengan isi ikan tadi sambil masukkan sedikit garam dan air ( agak2 le).
  4. Akhir sekali uli bahan2 tadi bentuk kan menjadi bulat memanjang dan rebus kedalam air mendidih. bila dah timbul angkat , sejukkan dan bolehlah goreng dan makan..

Friday, November 26, 2010

Pasembor

Bahan untuk Kuih Cucur
3 cawan tepung
2 sudu teh yis kering
Sedikit garam
Sedikit kunyit serbuk
Air secukupnya
Bancuh adunan hingga menjadi seperti adunan jemput-jemput. Kemudian tutup bekas dengan cling wrap dan ketepikan.


Bahan untuk Kuah

1 kg keledek - direbus dan kisar)
Beberapa tangkai lada kering - kisar
Beberapa tangkai cili hidup - kisar
2 biji bawang besar - kisar
5-6 ulas bawang merah - kisar
1-2 ulas bawang putih - kisar
1-2 cawan air ( ikut kepekatan yg dikehendaki)
Kacang tanah (yg dikisar sederhana halus)
Sedikit bijan
Sedikit air asam jawa
Sedikit sos tomato
sedikit gula halus
sedikit gula melaka
Garam secukupnya


Bahan Sampingan
Taugeh (untuk dimasukkan dalam kuihnya)
segenggam udang pepai (untuk masuk dalam kuih)
Sikit Bijan
sengkuang (potong memanjang)
Timun ( potong memanjang)
Tahu - goreng hiris nipis
Kentang rebus -hiris nipis
Telur rebus- potong 4
Tempeh - goreng hiris nipis

Cara untuk kuahnya

Campurkan semua bahan masak atas api perlahan hingga agak pekat.
Kuahnya mesti ada rasa manis masam pedas sikit.

Cara buat Kuih Cucur

Adunan yang diketepikan tadi dibahagikan 2. Satu adunan masuk taugeh dan satu lagi masukkan udang pepai dan bijan (kalau suka bole letak sikit color kuning or oren kedalam adunan udang)
Adunan taugeh di goreng leper dan lebar mcm cucur udang dan adunan udang pepai digoreng bulat-bulat.
Adunan taugeh biasanya bila dah masak boleh potong 4-6 lepas tu boleh gorengkan sekali lagi biar ranggup sikit.
Lepas itu boleh dihidangkan. Letak kuih cucur dan bahan sampingan disusun dan letakkan kuahnya.


Kalau mau adunan kuih boleh di gandakan. Setelah diasingkan untuk cucur taugeh dan udang adunan selebihnya boleh dicelup tahu, kentang rebus, tempeh, telur kemudian digorengkan. Ikut kreativiti anda.

Kuih Tako

 Bahan - bahan
Lapisan bawah:
30gm tepung Hoen Kwee
90gm gula
300ml air
6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu


Lapisan atas:
270ml santan
20gm gula
20gm tepung beras
secubit garam
Daun pandan atau bekas-bekas kecil sebagai acuan

Cara - cara
  1. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat.
  2. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan.
  3. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama.
  4. Biarkan sejuk dan hidang.
Saiz hidangan : 8 biji

Sumber resipi : mesra.net

Acar Limau

Bahan-bahan ( satu famili )
  • **Bahan 1
  • 10 biji limau nipis/lamon *dibelah 2
  • 4 SDB gula
  • 2 SDB cuka
  • 1 SDK garam
  • air secukupnya
  • **Bahan 2 *blender semua tp cili blend asing
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 6 biji cili kering
  • **Bahan 3 *digoreng tanpa minyak dan tumbuk
  • ½ sdb jintan putih
  • ½ sdb jintan manis
  • ½ sdb lada hitam
  • **Bahan 4
  • ½ cwn halia yg telah dimayang
  • 1 sdk biji sawi
  • 7 biji bawang kecil
  • 7 biji bawang putih
  • ½ cwn lobak masin yg telah dipotong dadu
  • ½ cwn gula perang/merah
  • 1 cwn gula pasir
  • Kacang tanah atau bijan yg digoreng tanpa minyak
Cara-cara
  1. Masak air hingga mendidih baru masukkan limau dan biarkan mendidih 2-3 minit. Agak2 Colour hijau kulit limau tu bertukar keperangan.**jgn rebus terlalu lama.
  2. Angkat dan toskan. Masukkan limau bersama 2 sdb gula (gula separuh dr bahan 1), garam dan cuka kedalam balang atau bekas yg sesuai dan tambahkan air agak2 tenggelam buah limau ja.
  3. Tutup balang tersebut. Dan biarkan dalam 48 jam (2 hari). Sebolehnya selalu goncang balang tu bg limau tu mesra dgn gula, garam dan cuka tu.
  4. Dah cukup 48 jam toskan limau. Masak air dgn 2 sdb gula (yg separuh lg) hingga mendidih baru masukkan limau dan biarkan mendidih lg dlm 2-3 minit. Kemudian toskan sekejap utk sejatkan air.
  5. Jemur limau td hingga separuh kering. ( sebelum jemur mokcik belah 2 lg limau ni dan kalau betul2 panas jemur 1 hari je dah ok jangan terlalu kering)
  6. Tumis bahan 2 ( kecuali cili) hingga garing kemudian baru masukkan cili dan kacau biar cili garing.
  7. Bila cili dah garing masukkan bahan 3 dan kacau sekejap. Kemudian masukkan limau dan bahan 4 kecuali kacang tanah/bijan. Kacau lagi biar bawang dan lobak masak.
  8. Bawang kecil dan bawang putih ni tak perlu di mayang biarkan sebiji2. Dah empuk semua baru masukkan kacang tanah/bijan tadi gaul sebati dan tutup api.
  9. Sedia dimakan. Dah sejuk baru masukkan dalam bekas supaya tahan lama biasanya lebih seminggu boleh tahan jgn bg masuk air je. Lebih sedap dimakan keesokan harinya sebab semua bahan dah ‘bergaul mesra’ hehehe..selamat mencuba..

Thursday, November 25, 2010

Dodol


2 tin susu pulut (di rendam semalaman
3 biji kelapa (auntie guna santan tin)  
1 ½ kati gula merah campur air < masak bagi cair…bagi sejuk betul <<<jgn lupa tapis
½ kati gula putih
 
Cara²
  1. Pulut tu blend+air sikit….blend sampai halus
  2. Dalam kuali besar…masukkan santan, gula, dan gula merah cair yang dah tapis tu
  3. Masukkan pulut yang dah blend dalam adunan santan tadi sampai betul2 sebati
  4. Masak dengan api yang pelahan sampai bertukar colour menjadi hitam.

Puf Sardin


KULIT PAF
Bahan-bahan :
Doh Paf Pastri secukupnya ( keluarkan dari peti sejuk dan rehatkan hingga ia kembali lembut )
Sedikit tepung gandum untuk ditaburkan ( doh paf pastri akan melekit sikit bila dikeluarkan dari peti sejuk )
1 biji Kuning Telur ( campurkan dengan 1 sudu susu cair dan sedikit pewarna kuning )
  1. Taburkan tepung, canai doh paf pastri setebal 1.5cm, terap dengan acuan bulat berukuran 5cm untuk lapisan bawah. Pindahkan perlahan-lahan ke dalam tray.
  2. Terap pula acuan berukuran 4cm berbentuk cincin dan letakkan di atas lapisan pertama tadi. Tekan perlahan-lahan untuk melekatkan lapisan pertama dan kedua. Rehatkan 15-20 minit.
  3. Sapu sekeliling paf dengan kuning telur.
  4. Bakar pada suhu 200 darjah selama 30 minit. ( IKUT OVEN MASING-MASING )
  5. Sejukkan di atas jaringan. Isikan dengan inti dan hidangkan segera.
Baki doh yang diterap hendaklah dilipat dan dicanai sebelum menerap semula, jangan kepal doh.
  
INTI SADIN
1 tin sadin ( besar ) – asingkan tulang dan buang sos
2 labu bawang besar – dicincang
2 tangkai cili merah – hiris nipis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah
5 biji limau kasturi – ambil jusnya
2 sudu besar jus asam jawa
- Hancurkan ikan sadin yang telah dibuang tulang.
- Masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.
TIPS :
  • Bila dikeluarkan dari peti sejuk, doh akan menjadi keras. Biar doh di dalam suhu bilik hingga lembut semula.
  • Jangan kepal doh, potong sebanyak mana doh yang diperlukan dan canai seperti langkah di atas.
  • Balut semula baki doh dengan plastic cling dan simpan di dalam bahagian dingin beku.
  • Doh Puff Pastry boleh tahan berbulan-bulan lamanya di bahagian dingin beku.

Paf Pasteri/ Pastri Puff


Ini dia resepi dan cara-cara langkah demi langkah nak buat Paf Pastri / Pastry Puff Resepi asal : Cik Mat Gebu 400gm tepung gandum Ayak tepung gandum, campurkan garam dan majerin, gaul rata.
Bahan-bahan :
1 sudu kecil garam
50gm butter / majerin
220 ml air
300gm Pastry Margarine – potong nipis
Cara-cara
  1. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh. Jika doh masih melekat di tangan, tambah sedikit tepung.
  2. Tutup dengan plastik dan rehatkan 15 minit.
LANGKAH-LANGKAH MENCANAI DOH PAF PASTRI / PASTRY PUFF
  1. Tabur sedikit tepung di atas papan pencanai dan canai doh hingga menjadi segiempat panjang dengan ketebalan lebih kurang 1.5cm.
  2. Potong nipis Pastry Margarine dan atur hanya di separuh bahagian doh. ( gambar 1 )
  3. Lipat doh menutupi Pastry Margarine dan tekan di sekelilingnya. ( gambar 2 )
  4. Canai semula doh untuk ratakan Pastry Margarine di dalamnya hingga doh jadi setebal 1.5cm semula.
  5. Lipat tiga doh dan rehatkan di dalam peti sejuk (BUKAN BAHAGIAN DINGIN BEKU) selama 15 minit. ( gambar 3 )
  6. Selepas 15 minit, keluarkan doh dan canai semula. ( gambar 4 ) Ulangi langkah 4 & 5 sebanyak 3 kali.
  7. Setelah selesai, lipat doh seperti bentuk buku ( gambar 5 ) , balutkan dengan “plastic cling” dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam sebelum digunakan.

Roti Arab


bahanya :-
3 /12 to 4 cawan tepung [leh guna tepung roti jugak]
2 sudu kecil garam
1 paket yis [guna maruripan ajee]
1 1/2 cawan air [guna air paip]
1 biji telur

caranya

-dalam bekas - campur 1 cawan tepung + garam + yis - tambah air sedikit demi sedikit
-uli selama 2 minit
-tambah 3/4 cawan tepung lagi - uli hingga sebati lagi
- bahagikan tepung kepada 8 bahagian
- bulat2kan doh dan leperkan - tutup selama 45minit
-taburkan tepung bawah roti sebelum dibiarkan naik
-elok terus letak dlm dulang pembakar baru tabur tepung
-pukul telur + 1sudu kecil air = sapu atas roti
-bakar kejap dlm 10 minit ajee..

note : jgn bakar lebih dari itu nanti roti jadi keras tau , kalau dah jadi keras bukan
roti arab lee tapi roti komunis lak .
- cadangkan makan dengan kuah kari
- kalau rajin pukul telur dan tekapkan roti arab
- tapi kalau terlampau rajin tak yah susah uli beli ajee satu paket RM4/5 ajee
- balik leh letak telur dan cicah kari

Blueberry Cheese Tart

 
Bahan-bahan ( 50 biji utk small size acuan tart)
• Bahan untuk Pastry:-
• 125 gm mentega / margerin
• 45 gm gula aising-nak ganti ngan susu tpg pon bole
• 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
• 240 gm tepung gandum (ikut lembut adunan..kalo kurang tambah..kalo keras kurangkan)
* secubit garam..biar ada rasa masin2 skit..asek manis jek..muak plak
• Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
• 250 gm cream cheese
• 50 gm gula aising
• 20 gm mentega (lembutkan)
• 1/2 sudu besar perahan lemon
• 1 biji telur (gred B)
• Blueberry pie filling
*cheese n mentega biar suhu bilik ekss..
Cara-cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya cantik2..guna jari pon boleh...pastu cucuk ngan garpu doh tu.
  3. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  4. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul sampai gebu n lembut.
  5. susun doh yg dah bakar n keluarkan dr acuan dlm loyang balik
  6. pippingkan sedikit blueberi filling dlm doh tart td .
  7. pastu pipekan cheese filling tadi plak. Hiaskan diatas dengan blueberry filling _ lili lorek ngan lidi jek.
  8. bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak mengelembung n macam kering sedikit.
note : bila dah bubuh filling jgn bakar terlalu lama..bila nmpk mengelembung n kering sedikit trus keluarkan dr oven..kalo terlebih bkr cheese akan turun bila sejuk..
'SELAMAT MENCUBA..PRACTISE MAKE PERFECT"..

Wednesday, November 24, 2010

Kek Kukus Sarawak


KEK HITAM MANIS

BAHAN – BAHAN :
10 Biji Telur
16 Oz Mentega
1 Tin Susu Pekat
1 Tin Serikaya Besar 300gm
1 Tin Nestle Cream
1 Botol Horlicks Coklat Medium Besar
350 Gm Tepung Gandum (2 Gelas)
454 Gm Gula Castor (1 ½ Gelas)
1 Sudu Teh Vanila
3 Botol Browning (1 Botol 80gm)

CARA – CARA MEMBUATNYA :
1.      Pukul mentega dan gula sampai kembang
2.      Kemudian masukkan telur satu persatu.
3.      Masukkan susu, kaya, nestle cream,horlicks, vanila dan tepung ke dalam adunan tadi.
4.      Selepas itu, masukkan gula browning secukupnya.
5.      Kemudian kukus selama 4 jam

***Jika ingin menggunakan horlick biasa pun boleh.
**gunakan acuan 9’ x 9’ atau 10’ x 10’ pun boleh

Resepi Kuih Dorayaki - kuih kesukaan doraemon


Bahan-bahan:
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak

Inti:
kacang merah yg manis/ kaya

Cara Penyediaan:


Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra. Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).

Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.
Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm. Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).

Letak 1 sudu besar kacang merah/kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah /kaya.

Ayam Penyet

Resepi Ayam Penyet



Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.


Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk sambal-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk Sup-

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.


Untuk Tempe dan Tahu Goreng-

2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.


Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Krim Puff

Resepi Spagetti Bolognese



Bahan-bahan:

150 gram Spaghetti lidi, rebus hingga masak ikut pada bungkusan
1 labu Bawang Bombay dicincang halus
2 ulas Bawang putih dicincang halus
2 buah Tomato segar, diparut
4 sudu makan sos Pasta Tomato (dalam tin)
2 sudu makan Sos Tomato
2 keping Daging Asap (smoked), hiris-hiris
100 gram Daging lembu kisar
1 kiub stok daging
100 ml Air
1 ½ sudu teh Garam
½ sudu teh Oregano
½ sudu teh Basil

Cara penyediaan :

Tumis bawang bombay dan bawang putih hingga naik bau dan layu. Masukkan parutan tomato, pasta tomato, sos tomato, daging asap dan daging lembu sambil dikacau hingga berubah warna.
Tambahkan kiub daging dan air. Masak sambil dikacau hingga pekat.
Masukkan garam, oregano dan basil, kacau lalu angkat.
Sajikan panas bersama spaghetti.

Putu Mayam

Bahan-bahan:

1 kg tepung beras
1.5 liter air
100 gram kelapa parut
100 gram gula merah
Sedikit pewarna kuning
Sedikit pewarna hijau
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1.      Didihkan air. Masukkan tepung beras. Gaul sehingga sebati.

2.      Bahagikan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna kuning pada 1 bahagian, pewarna kuning pada 1 bahagian dan biarkan biasa pada satu bahagian lagi

3.      Perapkan adunan selama 4 jam. Panaskan pengukus.

4.      Masukkan adunan tepung beras ke dalam acuan. Tekan ke dalam pengukus. Kukus selam 5 minit.

5.      Setelah masak, hidangkan bersama gula merah dan kelapa yang digaul dengan garam.

Tuesday, November 23, 2010

Kuih Talam


Bahan-bahannya:
Lapisan bawah (berwarna hijau)
Tepung beras 175 gm
Gula 400 gm 
Air 1000 gm
Daun pandan 15 helai (diambil jusnya)
Air kapur 1 sudu teh
Lapisan atas (berwarna putih)
Tepung beras 50 gm
Tepung ubikayu 50 gm
Santan pekat 400 gm
Garam 6 gm
Air 100 gm

Cara-cara membuatnya:
1.       Campurkan semua bahan lapisan bawah sehingga rata. Panaskan loyang (bergarispusat 260 mm) didalam periuk stim.
2.       Tuangkan campuran lapisan hijau kedalam loyang
tersebut dan kacau sehingga menjadi adunan yang
pekat dan berkilat.
3.       Stimkan selama 30 minit.
4.       Campurkan semua bahan lapisan atas (putih) dan tuangkan keatas lapisan hijau yang telah masak.
5.       Stimkan selama 20 minit sehingga masak.

Kuih Lompang



Bahan-bahannya:
Tepung beras 100 gm
Gula 210 gm
Air 500 gm 
Tepung Sagu 60 gm
Daun pandan 3-4 helai (diambil jusnya)
Air kapur 1/2 sudu teh
Kelapa parut 40 gm


Cara-cara membuatnya:

 

1.       Campurkan 1/2 bahagian air (250 gm) dengan gula.
2.       Didihkan sehingga semua gula larut.
3.       Biarkan sejuk ke suhu bilik. Campurkan tepung beras, tepung sagu dengan 1/2 bahagian air (250 gm) lagi.
4.       Campurkan jus pandan dan sirap gula dengan adunan tadi sehingga rata.
5.       Tuangkan adunan kedalam cawan yang telah dipanaskan dan kacaukan dengan sudu sehingga rata. Stimkan selama 25 minit.
Hidangkan dengan kelapa parut.

Kuih Apom

Bahan-bahannya:
Tepung Beras 100gm
Gula 50 gm
Air 130 gm
Yeast 2 gm
ENO 2 gm 

Cara-cara membuatnya:
Campurkan tepung beras,gula air dan yeast
Kacau hingga sebati. Biarkan selama 3-4 jam.
Tambahkan ENO dan kacau hingga rata dan biarkan selama 5 minit.
Panaskan cawan-cawab dalam didalam periuk stim dan tuangkan adunan kedalamnya. Stimkan selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Kerabu Pucuk Paku

KerabuPucukPaku

Bahan2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

NOTA:
Taugeh tidak perlu direbus/celur supaya mendapatkan kerangupan sayur itu.

Kuih Tepung Talam

Bahan Utk Lapisan Bawah:
200gm gula merah
2 sudu besar gula pasir
2 1/2 cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar air kapur makan

caranya:
masakan gula merah dan gula pasir dgn air. sejukkan panaskan kukusan satukan semua bahan tapiskan, kacau sebentar atas api tuangkan ke dalam loyang yg disapu minyak kukus 20 minit, cakarkan atas dgn garfu dan tuangkan bahagian atas.

Lapisan Atas:

3 cawan santan pekat 1 cawan tepung beras
sedikit garam

Caranya:
sama seperti cara di atas. tuangkan dan kukus selama 20 minit.sejukkan baru dipotong

Kuih Kosui

Bahan:

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 sudu besar tepung pulut (rasia tambahan dari ku)
2 cawan gula mera
1 cawan gula pasir
6 cawan air
Sedikit air kapur

Cara:

Blend kesemua bahan2 tersebut kacau diatas api sampai pekat kukuslah sampai masak…rasiaku dikacau dahulu supaya masaknya nanti kering dan cantik…
Bahan:

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 sudu besar tepung pulut 
1 cawan gula pasir
6 cawan air
Sedikit air kapur

Cara:

Blend kesemua bahan2 tersebut kacau diatas api sampai pekat kukuslah sampai masak…rasiaku dikacau dahulu supaya masaknya nanti kering dan cantik…

Kueh Kosui

stadbaz-sw-kosui

BAHAN-BAHANNYA:- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1/2 cawan tepung beras
- sedikit air kapur (1/4 sudu teh kapur)
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan gula merah
- kelapa parut

CARA-CARA MEMBUATNYA:
  1. Masakkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air sehingga larut dan biarkan sejuk. (Jika suka masukkan sehelai daun pandan).
  2. Campurkan tepung gandum, tepung ubi dan tepung beras ke dalam bekas.
  3. Masakan gula yang telah sejuk tadi, ditambah dengan air menjadikannya 4 cawan lalu dimasukkan ke dalam bancuhan tepung dan dikacau.
  4. Masukkan juga bancuhan air kapur sebanyak 1/2 cawan ke dalam bancuhan tepung.
  5. Sediakan loyang dan masukkan bancuhan tepung yang telah ditapis.Kukus selama 15 hingga 30 minit.
  6. Setelah sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut(dicampur dengan sedikit garam).

Roti Sosej

Resipinya bolehlah anda gunakan resipi pinwheel bread ni.





Taburkan sedikit keju mozarella (jika suka, optional). Pastu bakar dgn suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 15-20 minit.





Keluarkan dan picitkan sos cili dan maiyonese. Kemudian masukkan semula roti ke dalam oven dan bakar lagi selama lebih kurang 10 minit atau sehingga roti masak kekuningan. Keluarkan dari oven dan sejukkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...