Bahan A (Diayak bersama)
300 gram tepung gandum
300 gram tepung sagu
Bahan B
1200 gram gula pasir
1600 ml air
600 gram minyak sapi
2 gram buah pelaga, ditumbuk halus dan diayak
2 gram buah badam, direndam dengan air panas untuk membuang kulitnya dan dihiris halus lalu digoreng dengan 150 ml minyak kacang
2 gram kismis
Cara-caranya
- Isikan Bahan A dalam periuk yang besar. Rendamkan ia dengan air (dua kali ganda tepung dan simpan selama 2 hari. Tetapi pada setiap pagi hendaklah dikacau tepung itu dan dibiarkan mendap, dan pada sebelah petangnya pula dibuang airnya dan diganti dengan air baru.
- Masak Bahan B hingga mendidih. Masukkan tepung yang direndam (buang airnya dahulu) besama-sama minyak sapi lalu dikacau rata-rata hingga mendidih dengan menggunakan api yang sederhana.
- Apabila kuih mendidih, masukkan badam, kismis dan serbuk buah pelaga sambil dikacau-kacau supaya tidak hangus. Apabila kuih msak, iaitu apabila kita cecahkan jari padanya ia tidak melekat, boleh diangkat.
- Siapkan loyang atau dulang yang disapu dengan sedikit minyak di sekelilingnya. Tuangkan halwa maskat tadi, ratakan sambil ditekan-tekan supaya kemat dan licin dan biarlah ia sejuk.
Nota: Sebaiknya kuih ini disiapkan dua hari sebelum dipotong dan dihidangkan.