Al Quran

Listen to Quran

Thursday, April 14, 2011

Kek yogurt

 

Kek yogurt

Bahan-bahan ( 18cm )

  • 500g yogurt( buangkan air sehingga beratnya tinggal 150g)
  • 50ml susu segar
  • 200ml fresh cream
  • 15g gula aising ( gula yogurt lagi sedap)
  • 5g serbuk gelatin
  • 1/2 sudu besar jus lemon(dr buah lemon)
  • 9 keping biskut oreo (96g)
  • 20g butter

Cara-cara

  1. Masukkan yogurt ke dalam penyejat. Sejatkan sehingga berat yogurt menjadi 150g. Mungkin mengambil masa dlm 1-2 jam.
  2. Masukkan biskut oreo bersama krimnya ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar biskut hancur.
  3. Masukkan butter yg telah dicair ke dalam biskut oreo. Ramas-ramaskan biar berketul.
  4. Kemudian masukkan ke dalam loyang. Lapikkan plastik dan tekan-tekan biar jadi padat.
  5. Loyang yg diguna mestilah bahagian bwhnya boleh diangkat. Kalau nak krim yogurt kelihatan tebal boleh guna loyang 15cm.
  6. Panaskan susu dengan microwave selama 50 saat atau panaskan sehingga hampir mendidih. Campurkan gelatin dengan 1/2 sb air. Kacau ratakan. Kemudian masukkan ke dlm susu. Kacaulah sehingga tak berketul
  7. Yogurt biarkan pd suhu bilik sebelum digunakan. Pukul yogurt sehingga jadi bentuk krim.
  8. dlm mangkuk lain pula, pukul fresh cream dengan gula sehingga agak pekat. Jgn terlampau keras.
  9. Masukkan fresh cream ke dalam mangkuk yogurt sambil dikacau. Kemudian masukkan pula susu bersama gelatin tadi. Akhir sekali masukkan jus lemon. Kacau dengan perlahan-lahan sampai sebati.
  10. Masukkan ke dalam loyang yg ada cookies tadi. Sejukkan dlm peti sejuk sehingga keras.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...