Al Quran

Listen to Quran

Sunday, February 27, 2011

Kek Kukus Buah


Bahan-bahan

525g tepung gandum
454g planta
220g gula pasir
5 biji telur
300g buah campuran
2 cwn gula halus (dihanguskan)
2 camt soda bikarbonat
4 camt cream of tartar
4 camt essen oren dan vanilla

Cara membuatnya
  1. Gula + planta dipukul sehingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Campurkan tepung, bikarbonat, cream of tartar dan buahan campuran
  4. Masukkan 3 dlm (1)
  5. Masukkan essen oren dan vanilla
  6. Hanguskan gula halus
  7. Masukkan sedikit demi sedikit ketika masih panas,kacau
  8. Kukus dalam masa 1 1/2 jam

Bakso



Bahan-bahan:
 
½ kg daging cincang
3 ulas bawang putih, dihiris
50 gram tepung sagu
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 biji putih telur
sediakan:
1 mangkuk besar air mendidih
1 mangkuk air sejuk/air ais
 
Cara penyediaan BAKSO:
  1. Campur kesemua bahan dengan menggunakan tangan dan sendok sampai mesra dan tidak melekat.
  2. Basahkan tangan dengan air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari.
  3. Bulatkan bakso dengan sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung.
  4. ndahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai.
Kuah Bakso:
 
  1. Sediakan air rebusan daging. Tambahkan garam, merica, dan gula secukup rasa. Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi.
Cara Sajian:
 
Sediakan mangkuk berisi mi kuning atau bihun yang sudah direbus, tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah goreng.
Sedia untuk dihidangkan.

Nasi Ayam Penyet

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara


Untuk Ayam Penyet

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi

  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

Friday, February 25, 2011

CUPCAKE/ KEK CAWAN MUDAH DAN CEPAT

cCUPCAKE

bahan bahan
200 gm gula kastor
250 gm tepung naik sendiri
200 gm marjerin
5 biji telur
1 tsp esen vanilla
20 gm glycerine

cara - cara membuat :
  1. pukul marjerin bersama gula kastor sehingga kembang.
  2. masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. kemudian masukkan glycerine dan esen vanilla sebagai perisa
  4. akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan
  5. sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas dan bakar selama 20 - 25 minit suhu 180'c

AISING MENTEGA / BUTTERCREAM

bahan bahan
250 gm marjerin
250 gm krimwell
250 gm gula aising

cara - cara mebuat :
  1. putar marjerin dan krimwell sehingga lembut
  2. masukkan gula aising dan putar sehingga kembang dan putih atau sehingga gula larut.


selamat mencuba! =)

Friday, February 18, 2011

Resepi vanila muffin:



4 cwn t.gndum,
1 3/4 cwn gula,
1 tin susu cair,
2 sudu besar penuh b.powder,
2 biji telor gred A,
1 sudu teh grm,
1 sudu bsr esen vanila,
3/4 cwn butter yg tlh di cair kn.
cara:
(1)gaulkan kesemua bahan biar sebati.
(2)isikan adu...nan ke dalam bekas muffin.(agak2 3/4 acuan).
(3) bakar 20minit -180c.

Bluberry Cheese cake anbake( tak perlu dimasak )



2 cawan biskut oreo (ambil biskutnya sahaja,creemnya tak perlu)
1/3 cup mentega dicairkan
250gm creame cheese (biarkan pada suhu bilik)
2 sudu teh geletin halal yg dilarutkan dengan 1/4 cawan air panas
(yg betul2 panas....br lepas mendidih)
1/2 cawan susu pekat (any brand)
1 cawan sour creem
bluberry/strawberry fortopping
biskut oreo utk hiasan

caranya:

Campurkan biskut yg telah dihancurkan dgn mentega cair dan tekan2 & padatkan pada base loyang (spring foam) dan
sejukkan dalam fridge selama 20min
Pukul cream cheese sampai lembut n kembang ckit, masukkan larutan geletin, susu pekat, sour creem . Pukul sampai adunan samarata.
Tuangkan kat atas base yg telah disejukkan hias biskut oreo creem di atas creem cheese. Pastu tuangkan
blueberry/strawberry topping
pastikan ianya menutupi permukaan kek....
simpan dlm peti ais semalaman n barulah dipotong…

Wednesday, February 16, 2011

Vanilla muffin

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )

  • 8 tbsp mentega, dicairkan
  • 4 cawan tepung
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan susu segar
  • 4 tbsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla

Cara-cara

  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
  3. Bakar selama 20minit/180C.

Wednesday, February 9, 2011

Fruits Tart


Bahan-bahan ( Anggaran dlm 40 biji saiz mini )

250 gm butter, suhu bilik

120 gm gula ising

2 biji kuning telur

440 gm tepung gandum, diayak dahulu

1 tsp esen vanilla

Inti Kastad: 2 tbsp tepung gandum

2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung

8 tbsp gula kastor

2 cwn (500ml) susu segar

2 biji telur

2 tbsp (30 gm) mentega

Buah Utk Hiasan: Strawberry + Grape + Kiwi


Cara-cara

  1.  Adun semua bahan hingga menjadi doh. Gelek diatas papan pencanai setebal 5mm.
  2. Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu tekapkan ke atas acuan, tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut di dalam bentuk acuan & trim dengan pisau di tepinya.
  3. Panaskan oven pada suhu 175C.
  4. Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan.
  5. Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.
  6. Cara Membuat Inti Kastad: Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
  7. Masukkan telur & aduk rata lagi.
  8. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
  9. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.
  10. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati. Ketepikan seketika utk proses pengisian pada tart.
  11. Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tat)
sumber : myresepi.com

Fruits Tart

Bahan-bahan ( 4 5 orang )

  • *BAHAN2 UTK KULIT TART*
  • 500gm tepung gandum
  • 1 1/2 cawan marjerin
  • 1 sudu besar lemak sayur (criso)
  • 2 sudu besar gula halus/kastor
  • 1 biji telur
  • sedikit air dari peti ais
  • *BAHAN2 UTK FILING KASTARD*
  • 500ml susu segar
  • 3 atau 4 sudu tepung kastard
  • gula dan garam secukup rasa.
  • buah2an hiasan seperti kiwi, grape, peach, stoberi dan lain2 (make sure bukan buah jenis yg bila kita potong dia jadi lebam contoh cam epal tu)
  • Jika suka sedikit cooking chocolate dicairkan kaedah double boiler

Cara-cara

  1. **CARA2 MEMBUAT KULIT TART**
  2. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
  3. Masukkan telur dan gaul rata. masukkan sedikit air dari peti ais uli sehingga menjadi doh..
  4. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat
  5. Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil (petty tin) yang sudah digriskan.
  6. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
  7. Bakar selama 15-18 minit pada suhu 180C.
  8. Keluarkan dan sapukan cooking choc cair dan tuangkan adunan kastad kedalam tat dan kemudian hiaskanlah dengan hirisan buah2an yg disukai..
  9. **CARA2 MEMBUAT FILING KASTARD**
  10. Masukkan semua bahan2 kecuali buah2an hiasan kedalam periuk dan bila dah nampak nak likat cepat2 angkat. Jangan dimasak terlampau lama nanti jadi pudingle pulak..
  11. Bila dah tutup api tu masukkan kedalam kulit tart yg telah dimasak seperti resepi kat atas tu.. dan hiaslah dengan belahan buah2an hiasan.. dan masukkan kedalam peti ais utk mendapatkan rasa yg syedap.. ulala..
  12. SELAMAT MENCUBAA :)

Fruits Tart

Bahan-bahan ( Bergantung pada saiz acuan masing2 )

  • BAHAN2 PASTRY:-
  • 113 g mentega
  • 75 g gula halus
  • 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
  • 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • BAHAN2 KRIM PASTRY:-
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Coklat cair secukupnya
  • Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
  • Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)

Cara-cara

  1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.
  2. UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.
  3. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
  4. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
  5. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.
  6. Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.
  7. Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.
  8. Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat. (sorry... fruit tat mat tak bbuh, sebab dah habis stok)
  9. Contoh acuan tat yg mat guna utk buat fruit tart nie....acuan terpulang pada kehendak masing2. Jika acuan kecil bilangan tat mungkin jadi byk...Selamat mencuba utk semua...

Monday, February 7, 2011

Kek Nanas

1 ketul butter
150g castor sugar
5 bj telur
225g self raising flour
100g jem nenas
1tsp esen nenas
kepingan nenas tin dan ceri merah secukupnya

-pukul butter dan gula sehingga kembang.
-masukkan telur sebiji2 dan pukul sehingga kembang juga.
-masukkan jem nenas dan pukul sebati..akhir skali masukkan esen nenas dan tepung.
-sapu based dan keliling loyang dgn butter,susun kepingan nenas dlm loyang.letakkan ceri di tengah2 nenas.tuang adunan kek ke dlm loyang.bakar selama 50 minit or sehingga masak guna api atas bwh dgn suhu180c.

p/s: 1 tips utk dikongsi,kalau nampak atas kek dah garing tp kek msh blm masak,tutup atas loyang dgn aluminium foil dan teruskan membakar sehingga kek masak.insyaallah kek anda x kan rentung.. :)

Kek Sarang semut

 

Bahan-bahan ( 5-8 org makan )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu makan butter
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit esen ros

Cara-cara

  1. Panaskan gula dan kacau sehingga gula hangus.
  2. Perlahankan api, masukkan air sedikit demi sedikit. DIINGATKAN : Perlu berhati-hati sbb takut gula panas terkena tangan.
  3. Masukkan butter. Biarkan mendidih. Kemudian biar ia nya sejuk.
  4. Dalam bekas yg lain, pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
  5. Masukkan susu.. diikuti dengan tepung dan soda bikarbonat.. Dipukul hingga sebati.
  6. Kemudian barulah dimasukkan gula yg dihanguskan tadi.
  7. Pukul hingga rata.
  8. Masukkan sedikit esen ros. Kacau.
  9. Perap adunan 3-4 jam (bertutup) supaya kek ni bile masak, nampak berlubang2 cantik.
  10. Kukus selama 1 1/4 jam atau sehingga masak.

Saturday, February 5, 2011

Fruits Cheese Cake

1/2 cwn fresh cream dipukul sehingga kental
250g cream cheese
60g gula castor
lemon paste/air perahan lemon
biskut digestive
100g butter dicairkan
assorted fresh fruits (strawberry,peach,kiwi etc -saya guna peach n strawberry je coz yg tu je stok yg ada)
50ml air
2 sudu besar serbuk gelatin halalgel
  1. hancurkan biskut digestive (ikut ketebalan based yg anda suka.nk ganti dhn cream crackers pun blh tp tambah le gula perang sikit..biskut marrie pun blh).
  2. gaul biskut td dgn butter yg dicairkan.tekan adunan dlm loyang spring foam sehingga padat.masukkan dlm peti ais lbh kurang 15 minit.
  3. panaskan air 50 ml dan masukkan serbuk gelatin.guna kaedah double boiler.kacau sehingga serbuk gelatin sebati,sejukkan.
  4. pukul cream cheese,gula dan lemon paste sehingga kembang.masukkan gelatin dan pukul sehingga sebati.
  5. masukkan adunan cheese ke dlm adunan fresh cream,kaup balik adunan sehingga sebati.
  6. potong buah2 segar td kecil2..
  7. keluarkan based yg disejukkan td.tuang adunan cheese ke dlm loyang,tabur buah2an dan tuang lg adunan sehingga habis.
  8. sejukkan kek di dlm p.ais 3-4 jam..hias mengikut kreativiti sendiri..
*kek ni x muak sgt.rasanya more mcm ice cream..sedap! saya pun copy resepi dr blog org tp x ingat dah blog sape.pastu alter sikit2 ikut logic dan keperluan bhn2 yg ada kat dapur.. :)

Wednesday, February 2, 2011

Apam DOT

 

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )

  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum
  • 200 gm gula halus
  • 150gm susu segar (fresh milk)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla

Cara-cara

  1. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa
  2. Kueh1
    Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
  4. Picitkan blueberry filling secukupnya
  5. Kueh2
    Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
  9. Selamat Mencuba :)

Acar Buah

 

Bahan-bahan ( 1 kuali besar (8 ltr.) )

  • 1/2 ltr. minyak masak
  • 1/2 - 1 kilo bawang merah *- dihiris halus
  • 300 g bawang putih* - dihiris
  • 300 g halia *- dihiris sprti btg mancis
  • 1 1/2 cwn cili kering yg dikisar
  • segenggam asam jawa + air dan dapatkan 3-4 mangkuk air asam
  • 3 sb garam
  • 1 1/2 cwn gula pasir (lebihkan jika suka manis lagi)
  • 1 cwn kerisik
  • 6-7 jenis buah jeruk manis ( prune,kismis hitam/ kuning, buah kana merah/hijau,limau kasturi,cermai..dll...setiap 1 jeruk manis lebih kurang 200-300g )

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan goreng bahan2 bertanda* hingga garing,berasingan.
  2. Dgn menggunakan minyak yg sama, tumis cili kisar hingga garing dan naik minyak,tmbh minyak jika perlu.
  3. Masukkan air asam, gaul rata dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan pula kerisik,garam, gula dan biarkan mendidih lagi.
  5. Kemudian masukkan kesemua jeruk buah2an dan juga bahan yg digoreng garing tadi dan gaul hingga sebati.
  6. Tahap ini acar hendaklh digaul sesekali. Sekiranya acar ini pekat, tambahkan air mendidih dan gaul rata.

Tuesday, February 1, 2011

Bluberry Muffin

 

Bahan-bahan ( 12 biji- small size )

  • 70g butter-suhu bilik
  • 60g gula
  • 1 biji telur-suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • 4 sudu besar susu segar
  • 100g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • blueberry jem secukupnya.

Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
  2. Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
  4. Blueberryjammuffin1
    Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
  5. Blueberryjammuffin
    Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.
  6. Note: blueberry jam yg i guna tu buat sendiri ikut resipi strawberry jam. Kalau guna jem yg siap dibeli tu mungkin lebih manis.. so perlu kurangkan sedikit gula dalam adunan muffin.

Bun Kacang Merah

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 120 ml air
  • 250 g tepung roti
  • 30 g telur
  • 10 g susu tepung
  • 40 g mentega
  • 40 g gula kastor
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh bread improver dan 1/2 camca teh bread softerner (optional)
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Inti kacang merah secukupnya
  • Sedikit mentega utk disapu

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN", ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
  3. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit). Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.

Puding Gula Hangus

 

Bahan-bahan ( 1 orang jer (loyang size 12 cm +-) )

  • 3 biji telur telur ayam gred A
  • 6 s/b gula pasir ( 3 sudu untuk diupukul dgn telur, 3 sudu lagi untuk dicairkan
  • 4 s/b susu pekat manis tambah dengan 1/2 gelas air
  • 1 s/t esen vanilla

Cara-cara

  1. Pukul gula dgn telur dan susu sampai kembang. Masukkan esen vanila ketepikan (Utk percepatkan process biasanya saya blend semua bahan.. cukup kembangnya dan cepat sgt.)
  2. Gunakan api yang minmal panaskan 3 sudu besar gula hingga perang
  3. Tuangkan adunan telur ke dalam loyang gula hangus tadi dan kukuslah sehingga masak. Cucuk lidi untuk tau dah masak atau belum.
  4. Bila dah masak terbalikkan. Boleh dihidang segera atau sejukkan.. best..desert yang paling sempoi.
  5. Kukus lebih kurang 25-30 mnt.
  6. *** Puding gula hangus ni bersize kecil sahaja. Kalo nak yang besar tambah bahan seperti: 7 telur, 7 sudu gula, susu 1/2 tin + 1/2 tin air, gula perang angaran 4/5 s/b ratakan pada permukaan loyang sebelum panaskan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...