Bahan-bahan ( 12 orang makan )
- 2 biji telur
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan serbuk Milo
- 1 cawan minyak masak ( gune butter cair lg sedap)
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sud kecil soda bikarbonat
- 1 tin susu cair F&N ( ape2 brand pon boley)
- TOPPing
- 4 sudu besar serbuk koko
- 5 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar minyak ( butter lg sedap)
- 1 sudu besar ape2 jenis susu tepung dicampur 2 sudu besar air
- @ boley saje pakai coklat masakan biasa dgn butter. resepi utk topping sy adjust dr Myr mggunakan bahan yg sy ada
Cara-cara
- Masukkan kesemua bahan2 diatas di dalam bekas dan kacau sebati.. Pastikan anda kacau betul2 supaya gandum tidak berketul2..gula xpe xhancur.
- Masukkan dalam loyang yang dilenser dengan minyak atau loyang boleh dilapik dengan kertas minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit. Apabila kek dah masak boleh lar disejukkan
- Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boil. pastu bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td..Hias mngikut kreativiti...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sehingga coklat mengeras then bleh la potong. Sedap dimakan sejuk2.. P/s: utk sesiapa yg agak xsabar2 nk mkn or 'rajin' like me lar..:), lepas campurkan semua bahan topping dan kacau sebati, bleh la curahkan trus ats kek then apalagi ngapp..:)
- CUBA YER KAWAN2..SGT2 LA MUDAH..mmg rugi sape xcube lembeppp gitu...
No comments:
Post a Comment