Al Quran

Listen to Quran

Friday, December 10, 2010

VANILLA CUPCAKES
Sumber: Cintabiru


Bahan-bahannya
250 gram mentega tanpa garam, dilembutkan
180 gram gula kastor (resipi asal menggunakan 250 gram gula tapi pada rasa saya terlalu manis dan saya kurangkan)
4 biji telur
185 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung gandum
185 gram susu segar





Cara-caranya
1. Kedua dua jenis tepung diayak, letak tepi.
2. Pukul butter dan gula sampai gebu.
3. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi.
4. Campurkan tepung dan susu segar berselangseli dengan adunan tadi.
5. Siapkan kertas cupcakes, bubuh adunan di dalam dan bakar pada suhu 180 deg dalam 7-10 minit, bergantung kepada size kertas cupcake anda.





Frosting
(Untuk 12 cupcakes size sederhana)





Bahan-bahannya
3 biji putih telur
Icing sugar
secubit garam
1 sudu teh orange extract (untuk mengurangkan rasa manis pada frosting)
Pewarna mengikut citarasa





Cara-caranya
1. Pukul putih telur sampai kaku (terbalikkan make sure confirm tak jatuh kat muka).
2. Masukkan gula sedikit sedikit, pukul lagi.
3. Akhir sekali masukkan sedikit garam, orange extract dan pewarna.


Nota: (Icing sugar ni saya letak cuma agak agak jer sebab tu tak letak sukatan.. maaf ye. Tapi selalunya 70% of the whole 500g packet)


Tips:
- Make sure biarkan frosting tu seketika dulu (dalam 5mins) sebelum kita pipe.. kalau tak nanti tak cantik frosting kita.
- Kalau tak ada nozzle untuk ketatkan tip ngan piping bag, dulu saya ketatkan dengan menggunakan scotch tape.





VANILLA CUPCAKES WITH FROSTING
Resipi ini adalah dari Cintabiru (Forum Resipi Diana). Kali ini kita berkongsi cara membuat frosting cupcakes menggunakan putih telur jika anda tidak menggunakan meringue powder. Kepada Cintabiru terima kasih sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.





CUPCAKES COKLAT WITH ROYAL ICING
Sumber: Lady Aries


Bahan untuk kek coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur





Cara-caranya
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Bakar selama 20 mins at 170 degrees celsius





Bahan untuk Royal icing
4 1/2 sudu teh meringue powder
2 cawan gula icing – diayak
3 sudu besar air panas





Cara-caranya
Campurkan semua bahan dan dipukul hingga sebati. Jangan dedahkan icing kepada udara. Sebaiknya tutup dengan tuala lembap.


CUPCAKES COKLAT WITH ROYAL ICING


Resipi ini adalah sumbangan dari Lady Aries (Forum Resipi Diana), D panjangkan resipi ini kepada anda semua disini. Kita pernah berbincang mengenai penggunaan Meringue Powder iaitu serbuk yang dihasilkan dari putih telur.


Tetapi jika anda was-was dengan produk yang bakal anda gunakan, ada cara lain untuk menyediakan Royal Icing iaitu dengan menggunakan putih telur. Dilain masa D akan berkongsi resipi Royal Icing yang menggunakan putih telur. Terima kasih Cikgu Cool sudi berkongsi resipi dengan kita semua.


ROYAL ICING





Bahan-bahannya
3 sudu besar meringue powder
3 ½ cawan gula aising
6 sudu besar air suam*





Cara-caranya
Pukul kesemua bahan-bahan sehingga icing menjadi kental (selama 7 – 10 minit pada kelajuan perlahan, 10 – 12 minit pada kelajuan tinggi). Resipi ini menghasilkan 3 cawan.


Nota: Semua peralatan mestikah bersih dari minyak untuk mendapatkan icing yang sempurna.


* Untuk icing yang lebih kental boleh kurangkan 1 sudu besar air suam ataupun jika anda menggunakan mixer contoh seperti Kenwood/ KitchenAid.



Feedback D, royal icing ini masih terasa manis mungkin boleh kurangkan gula kepada 2 ½ – 3 cawan ikut tahap kemanisan yang anda mahu. Sewaktu memukul adunan royal aising D juga menggunakan 8 sudu besar air suam. Ini selepas D lihat consistency royal icing tersebut. Royal icing hendaklah ditutup dengan tuala lembab sekiranya tidak digunakan kerana ia mudah mengeras.


D juga menghadapi masalah untuk pipekan royal icing diatas cupcake. Ia tidak mudah keluar dari nozzle. Ada juga tips mengatakan untuk mendapatkan royal icing yang lembut adalah untuk meletakkan 3 titik glycerine. D tak beli glycerine tapi gunakan 3 sudu besar minyak masakan. Jadi beb royal icingku hehe, first time buat berdebar dada.



D juga menyediakan Chocolate Ganache Topping ikut resipi Misleha (Resipi.net) seperti berikut. D cuma buat setengah bahagian dari adunan asal. Ini resipi yang D dah bahagikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...