Al Quran

Listen to Quran

Tuesday, December 14, 2010

TART BLUEBERRY


Resepi– LILIWATI

Bahan-bahan ( 50 biji utk small size acuan tart)

Bahan untuk Pastry:-
  •  125 gm mentega / margerin
  •    45 gm gula aising-nak ganti ngan susu tpg pon bole
  •   1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  •   240 gm tepung gandum (ikut lembut adunan..kalo kurang tambah..kalo keras kurangkan)
* secubit garam..biar ada rasa masin2 skit..asek manis jek..muak plak

• Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

*cheese n mentega biar suhu bilik ekss..

Cara-cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya cantik2..guna jari pon boleh...pastu cucuk ngan garpu doh tu.
  3. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  4. Untuk membuat cheese filling: - pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali  masukkan telur dan perahan lemon, pukul sampai gebu n lembut.
  5. susun doh yg dah bakar n keluarkan dr acuan dlm loyang balik
  6. pippingkan sedikit blueberi filling dlm doh tart td .
  7. pastu pipekan cheese filling tadi plak. Hiaskan diatas dengan blueberry filling - lili lorek ngan lidi jek.
  8. bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak mengelembung n macam kering sedikit.

note : bila dah bubuh filling jgn bakar terlalu lama..bila nmpk mengelembung n kering sedikit trus keluarkan dr oven..kalo terlebih bkr cheese akan turun bila sejuk..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...