Bahan-bahan ( satu famili )
- **Bahan 1
- 10 biji limau nipis/lamon *dibelah 2
- 4 SDB gula
- 2 SDB cuka
- 1 SDK garam
- air secukupnya
- **Bahan 2 *blender semua tp cili blend asing
- 2 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 6 biji cili kering
- **Bahan 3 *digoreng tanpa minyak dan tumbuk
- ½ sdb jintan putih
- ½ sdb jintan manis
- ½ sdb lada hitam
- **Bahan 4
- ½ cwn halia yg telah dimayang
- 1 sdk biji sawi
- 7 biji bawang kecil
- 7 biji bawang putih
- ½ cwn lobak masin yg telah dipotong dadu
- ½ cwn gula perang/merah
- 1 cwn gula pasir
- Kacang tanah atau bijan yg digoreng tanpa minyak
Cara-cara
- Masak air hingga mendidih baru masukkan limau dan biarkan mendidih 2-3 minit. Agak2 Colour hijau kulit limau tu bertukar keperangan.**jgn rebus terlalu lama.
- Angkat dan toskan. Masukkan limau bersama 2 sdb gula (gula separuh dr bahan 1), garam dan cuka kedalam balang atau bekas yg sesuai dan tambahkan air agak2 tenggelam buah limau ja.
- Tutup balang tersebut. Dan biarkan dalam 48 jam (2 hari). Sebolehnya selalu goncang balang tu bg limau tu mesra dgn gula, garam dan cuka tu.
- Dah cukup 48 jam toskan limau. Masak air dgn 2 sdb gula (yg separuh lg) hingga mendidih baru masukkan limau dan biarkan mendidih lg dlm 2-3 minit. Kemudian toskan sekejap utk sejatkan air.
- Jemur limau td hingga separuh kering. ( sebelum jemur mokcik belah 2 lg limau ni dan kalau betul2 panas jemur 1 hari je dah ok jangan terlalu kering)
- Tumis bahan 2 ( kecuali cili) hingga garing kemudian baru masukkan cili dan kacau biar cili garing.
- Bila cili dah garing masukkan bahan 3 dan kacau sekejap. Kemudian masukkan limau dan bahan 4 kecuali kacang tanah/bijan. Kacau lagi biar bawang dan lobak masak.
- Bawang kecil dan bawang putih ni tak perlu di mayang biarkan sebiji2. Dah empuk semua baru masukkan kacang tanah/bijan tadi gaul sebati dan tutup api.
- Sedia dimakan. Dah sejuk baru masukkan dalam bekas supaya tahan lama biasanya lebih seminggu boleh tahan jgn bg masuk air je. Lebih sedap dimakan keesokan harinya sebab semua bahan dah ‘bergaul mesra’ hehehe..selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment