600 gm tepung
1 cawan air suam
½ cawan minyak masak
2-3 cubit garam
* Gaul dan uli hingga sebati. Buatkan bebola2 kecil. (saya buat 10 bebola dgn setiap bebola seberat +- 90 gm)
Bahan B (Doh Majerin)
400 gm tepung
150 gm majerin (I used almost 200 gm)* Gaul & uli hingga menjadi doh yg tak melekit. Buatkan bebola2, lebih kecil dari doh minyak. (saya buat 10 juga dgn setiap bebola seberat +- 60 gm)
Cara:
Ambil setiap bebola dari doh majerin dan masukkan ke dalam bebola minyak yg telah di leperkan hingga menjadi satu bebola yg besar. Ulang hingga kesemua bebola habis digunakan. Kemudian ambil sebiji bebola tadi dan canaikan hingga menjadi persegi empat. Sesudah itu gulung doh tadi hingga menjadi seperti swiss roll. Setelah itu canai lagi (memanjang) lalu digulung sekali lagi. Akhir sekali, potonglah doh ini kpd 3-4 bahagian mengikut saiz karipap anda. Buat seperti ini kpd kesemua bebola tadi hingga selesai.
Ambil satu gulungan yg telah dihiris/potong tadi dan canai leper. Masukkan inti dan tutupkan semula dgn kemas. Kelimlah dgn teliti. Apabila kesemua doh/bebola dah selesai, bolehlah digoreng dgn api yg sederhana.
Ambil satu gulungan yg telah dihiris/potong tadi dan canai leper. Masukkan inti dan tutupkan semula dgn kemas. Kelimlah dgn teliti. Apabila kesemua doh/bebola dah selesai, bolehlah digoreng dgn api yg sederhana.
(Untuk intinya, anda bolehlah gunakan sembarang inti kegemaran anda seperti inti kentang atau sardin)
My Observations : Karipap jenis begini banyak menggunakan minyak/ majerin lantas hasilnya karipap yg cantik tapi a little to 'soft' for me. Actually, saya lebih gemar pd karipap/epok2 yg kulitnya garing seperti epok2/karipap biasa. Or perhaps, saya akan cuba lagi di masa akan dtg dgn mengurangkan kadar minyak/majerin pada kulit karipap ini.
No comments:
Post a Comment