Al Quran

Listen to Quran

Thursday, November 25, 2010

Paf Pasteri/ Pastri Puff


Ini dia resepi dan cara-cara langkah demi langkah nak buat Paf Pastri / Pastry Puff Resepi asal : Cik Mat Gebu 400gm tepung gandum Ayak tepung gandum, campurkan garam dan majerin, gaul rata.
Bahan-bahan :
1 sudu kecil garam
50gm butter / majerin
220 ml air
300gm Pastry Margarine – potong nipis
Cara-cara
  1. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh. Jika doh masih melekat di tangan, tambah sedikit tepung.
  2. Tutup dengan plastik dan rehatkan 15 minit.
LANGKAH-LANGKAH MENCANAI DOH PAF PASTRI / PASTRY PUFF
  1. Tabur sedikit tepung di atas papan pencanai dan canai doh hingga menjadi segiempat panjang dengan ketebalan lebih kurang 1.5cm.
  2. Potong nipis Pastry Margarine dan atur hanya di separuh bahagian doh. ( gambar 1 )
  3. Lipat doh menutupi Pastry Margarine dan tekan di sekelilingnya. ( gambar 2 )
  4. Canai semula doh untuk ratakan Pastry Margarine di dalamnya hingga doh jadi setebal 1.5cm semula.
  5. Lipat tiga doh dan rehatkan di dalam peti sejuk (BUKAN BAHAGIAN DINGIN BEKU) selama 15 minit. ( gambar 3 )
  6. Selepas 15 minit, keluarkan doh dan canai semula. ( gambar 4 ) Ulangi langkah 4 & 5 sebanyak 3 kali.
  7. Setelah selesai, lipat doh seperti bentuk buku ( gambar 5 ) , balutkan dengan “plastic cling” dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam sebelum digunakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...